Friday, December 11, 2020

Aktiviti 2020

Disember 2020:

10/12/20 - Alhamdulillah, AcFIE taja makan tengahari untuk "frontliners" UiTMCT kita, iaitu rakan-rakan daripada Bahagian Polis Bantuan (PB) UiTMCT. Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan, keselamatan dan permudahkan urusan kita semua.


AcFIE sentiasa perihatin dan simpati dengan ahli, pelajar, warga kampus serta masyarakat yang ditimpa musibah (kematian, sakit, bencana, dll). Justeru, kita telah hulurkan sumbangan seperti berikut:

10/12/20 - RM150 kepada setiap ahli yang terlibat dengan banjir pada minggu lepas, iaitu puan Azlinda dan puan Marini.

9/12/20 - RM150 kepada keluarga almarhum Mahafizhullah (pelajar BACC FP UiTMCT) yang meninggal dunia. Sumbangan diserahkan melalui Dr. Hjh. Norazamina (KP FP UiTMCT), en. Moktar Awang dan Puan Rosliza Ghazali yang hadir ke Maran semasa pengebumian almarhum. Almarhum seorang pelajar yang baik. Semoga arwah diampunkan Allah dan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.



November 2020:

10/11/20 - Alhamdulillah, para ahli AcFIE turut menyumbang untuk dana sumbangan laptop kepada pelajar fakir/miskin FP UiTMCT, fakulti lain dan rumah anak yatim (kerjasama dengan kumpulan Cakna Anak Yatim & Dhuafa'/CAYD). Dana sumbangan ini dikendalikan oleh Dr Hjh. Noor Liza Adnan, (ahli AcFIE/pensyarah FP UiTMCT).

Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.



September 2020:

2-3 September 2020 - Collaborative Programme V (FP UiTMCT & UNISSULA)



Saturday, March 28, 2020

Partial Lockdown (18 Mac - 14 April 2020): Kampus jadi gersang

T4A: MUSIBAH UNTUK MUHASABAH DAN BERUBAH!


Suasana kampus semasa covid-19. Macam dalam cerita (zombie, last man on earth, seram dan lain-lain)

Allah boleh tukar dalam sekelip mata. 
Mudah saja bagi Allah! 
Apa saja - dunia kita, kehidupan kita, termasuklah diri kita!





Monday, March 9, 2020

Saturday, March 7, 2020

Buku "Bila Tarzan Masuk Kelas" - TAHNIAH Dr Liz

Alhamdulillah dan Tahniah kepada Dr Noor Liza bt Adnan (Dr Liz) atas penerbitan bukunya bertajuk, "Bila Tarzan Masuk Kelas".


Friday, March 6, 2020

Application to professional accountancy program CAT/ACCA is open until 30/3/2020

Salam all,

Application to professional accountancy program CAT/ACCA is open until 30/3/2020.

Steps to apply:

1. Buy pin program professional UiTM at BSN.
2. Apply online through www.online.uitm.edu.my
3. Submit a copy of supporting documents (birth certs, transcript, etc) to Department of Professional Accounting Studies, Faculty of Accountancy once done with online application.

For any enquiries, may contact Department of Professional Accounting Studies at 0355444812 (Miss Melissa).

Thank you!